Sejarah
Adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland. Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh.Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek. Pemenang pertama acara ini ialah James Connoly dari Greek.
Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Dari Ireland, acara lompat kijang diperkenalkan ke negara Scotland, dan seterusnya ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19.
Teknik
Perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan.
Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun 1930-an di Jepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini dipelopori oleh atlet lelaki, namun sejak akhir-akhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet wanita.
Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia Tenggara turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan. Sebagai salah satu acara olahraga yang disertai oleh kedua-dua kategori untuk lelaki dan wanita, maka teknik, kaedah, dan prinsip berhubung acara ini boleh digunakan bersama dalam kategori tersebut.
James Connoly juara pertama lompat kijang.
Rekod dunia lompat kijang yang dipecahkan oleh Evora
trek lompat kijang.
kemalangan yang berlaku kepada atlet yang melakukan lompat kijang.
Teknik untuk melakukan lompat kijang.
LATIHAN
GAYA LOMPAT KIJANG
(a) Gaya Polish atau Gaya Lompatan Mendatar
- Diperkenalkan oleh Josef Schmidt.
- Jarak lompatan terbaiknya ialah 16.85m.
- Kadar peratusan lonjakan adalah dengan nisbah 35 : 30 : 35
Josef Schmidt
(b) Gaya Russian atau Gaya Dwi Lengan
- Diperkenalkan oleh Viktor Saneyev dari Rusia.
- Jarak lompatan terbaik 17.39m.
- Peratusan lonjakan dengan nisbah 37 : 30 : 33
Viktor Seneyev
Fasa-fasa dalam Acara lompat kijang
- Fasa Lari Landas
- Fasa Lonjakan
- Fasa melangkah
- Fasa Lonjakan kaki bebas
- Fasa layangan
- Fasa Mendarat
Perkara yang perlu dielakkan dalam acara lompat kijang
- Badan terlalu condong ke hadapan.
- Langkah yang pendek, tersekat-sekat dan kurang koordinasi.
- Fasa lonjakan yang lemah.
- Kaki lonjakan berada dalam keadaan tegang dan kaku ketika membuat lonjakan.
- Kehilangan terlalu banyak kelajuan ketika fasa melangkah dan melompat kaki bebas.
Ford Fusion Titanium For Sale | TITech | Shop
ReplyDeleteFord Fusion Titanium For Sale | TITech | Shop. Buy | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | raw titanium | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | is titanium a metal | | | | | | | | | | | | | | | | | titanium keychain | babyliss pro nano titanium hair dryer | | | | | | | | | | | | | titanium powder | | | | | | | | | | | | | | | |